Monday, December 1, 2014

Safety Investigation Process di tempat kerja anda


Saya tidaklah pandai dalam bab sebegini masih lagi belajar dari mereka yang pakar dan telah banyak menyelesaikan kes-kes berkaitan kemalangan ditempat kerja. Pengalaman kerja sebelum ini lebih kepada "Process Safety" dan kurang berkaitangan dengan pekerja hanya memfokuskan sistem dan peralatan sahaja.

Menurut kejadian yang dirakamkan itu, kemalangan adalah disebabkan tangan termasuk dalam pengisar (Immediate Cause), tetapi apakah sebab utama yang menjurus atau menyebabkan pekerja tersebut memasukkan tangan atau termasuk kedalam bahagian pengisar.

Pelbagai teknik digunakan dan antara yang saya sendiri pelajari secara asas adalah Kelvin Top Set. Selain kaedah ini terdapat pelbagai kaedah yang dihasilkan oleh pakar-pakar OSH diseluruh dunia yang boleh kita gunakan.

Persoalannya disini kepada diri saya sendiri:-
  1. Fokus kerjaya bagaimana yang akan saya lalui sekiranya saya lebih memfokuskan kepada Respond & Investigation?
  2. Syarikat mana atau organisasi mana yang memerlukan safety officer yang fokus kepada R&I ini? (perancangan masa hadapan)
  3. Kepada pembaca blog diluar sana - apa yang anda gunakan dalam melengkapkan JKKP 6, dari segi laporan dalaman syarikat/organisasi anda sendiri yang tiada kemahiran R&I ini.
Kerana saya tertanya-tanya bagaimana mereka yang mula dari peringkat bawah "start from basic" menjadi pegawai KKP.

Pesanan diri untuk diri sendiri - lengkapilah diri dengan ilmu secukupnya dan selesaikanlah kes seberapa banyak yang mungkin dengan pelbagai teknik.

No comments:

Post a Comment