Saturday, December 20, 2014

Langkah pertama


Terdapat banyak cara untuk seseorang mengecapi kerjaya sebagai pegawai keselamatan dan kesihatan pekerja (SHO). Antara yang terkenal adalah melalui NIOSH (National Institute of Occupational Safety & Health) dimana pelbagai kursus berkaitan disediakan untuk mereka melanjutkan pembelajaran seterusnya mengambil peperiksaan kempetensi sebagai seorang yang layak dan sah untuk memegang jawatan tersebut.

Selain dari itu juga terdapat beberapa institusi kemahiran yang menawarkan kursus jangka pendek kepada lepasan graduan mahupun pekerja yang ingin menambah nilai kemahiran yang sedia ada bagi meningkatkan 'harga diri' didalam pasaran kerja.

Ada juga kursus diploma dan ijazah yang direka khas bagi tujuan ini dan terpulang kepada individu samada untuk memilih langkah kerjaya mereka. Bagi saya secara jujurnya adalah lebih baik untuk seseorang itu mempunyai diploma atau ijazah didalam sesuatu bidang samada kejuruteraan sivil, mekanikal atau kimia. Ini kerana mereka akan mempunyai pengetahuan yang lebih mendalam dan dapat memahami secara keseluruhan akan sesuatu proses kerja dan seterusnya dapat menerapkan konsep 'safety & health' dengan lebih baik.

No comments:

Post a Comment