Thursday, December 4, 2014

Kerja Malam itu indah

Assalamualaikum wbt...

Malam ini saya kerja malam untuk 5 hari akan datang. Cara kerja disini 5 hari malam 3 hari cuti dan 5 hari siang 2 hari cuti. Lain syarikat lain cara mereka mengatur cuti dan waktu berkerja. Apa-apa pun janji ia mengikut akta buruh yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia.

Mengikut jenis pekerjaan atau 'nature of work' masing-masing; kerja malam kadang-kadang boleh menjadi suatu yang indah atau best! Kenapa? Bagi saya ada point yang menarik antaranya:-

  1. Tidak panas untuk mereka yang kerja dilapangan atau site/ tetapi tidak sesuai untuk pekerjaan yang memerlukan pencahayaan yang secukupnya.
  2. Kurang tekanan/stress dari 'boss' kerana biasanya 'boss' kerja 8pg-5ptg sahaja atau paling lambat 9-10mlm sahaja.
  3. Santai??? Tidak juga tetapi kerja yang dilakukan dalam perasaan tenang. Bagi saya dan mengikut jenis kerja anda.
  4. Pada waktu siang anda boleh melakukan banyak aktiviti seperti bayar bill, cuci kereta, baiki kereta/motor, pergi bank dan tidak perlu 'rushing' waktu keluar makan tengah hari atau perlu cuti semata-mata untuk uruskan hal semudah itu.
Bagaimana pula dengan waktu tidur? Betul juga, mengikut kajian saintis badan kita memerlukan tidur sekurang-kurangnya 6jam untuk benar-benar berehat dari keletihan. Jadi bagi saya bila pulang dari kerja malam, kalu tidak terlalu kotor saya tidak akan mandi hanya basuh muka, gosok gigi, basuh kaki/tangan dan terus tidur. Eh sudah tentu dengan pakaian ganti dan bukan baju kerja.

Kenapa? Dari pengalaman sekiranya saya mandi, maka selepas itu saya sukar untuk tidur kerana badan menjadi segar dan mula mengantuk pada jam 4 keatas dan ini sangat berbahaya.

No comments:

Post a Comment