Tuesday, December 23, 2014

Terms "Unsafe Act, Unsafe Condition & Near Miss"

This time I will share some information regarding the basic terms that we as safety practitioner used alot not just at work but in our daily life.

---------------------------------------------------------------------------------------------
 
 
A near miss is an unplanned event that did not result in injury, illness, or damage – but had the potential to do so. Only a fortunate break in the chain of events prevented an injury, fatality or damage; in other words, a miss that was nonetheless very near. Although the label of 'human error' is commonly applied to an initiating event, a faulty process or system invariably permits or compounds the harm, and should be the focus of improvement. Other familiar terms for these events is a "close call", or in the case of moving objects, "near collision" or a near hit.
---------------------------------------------------------------------------------------------------------

If we are able to spot the unsafe conditions there is a high likelyhood that we can avoid the unsafe act, near miss and accident.

If we are able to alert each other and have a high safety awareness we would be able to stop the unsafe act, avoiding the near miss and accident.

If we miss the two first opportunities we still have one more chance to avoid the accident. Namely: report and discuss the near miss, in order to prevent the personal injury or accident to hull and machinery.

 
 
 
Basic skills for a safety person is to identify all those thing in accurate manner and also to provide the solution to overcome the hazard either from once behavioral factor or condition contributing.

Saturday, December 20, 2014

Langkah pertama


Terdapat banyak cara untuk seseorang mengecapi kerjaya sebagai pegawai keselamatan dan kesihatan pekerja (SHO). Antara yang terkenal adalah melalui NIOSH (National Institute of Occupational Safety & Health) dimana pelbagai kursus berkaitan disediakan untuk mereka melanjutkan pembelajaran seterusnya mengambil peperiksaan kempetensi sebagai seorang yang layak dan sah untuk memegang jawatan tersebut.

Selain dari itu juga terdapat beberapa institusi kemahiran yang menawarkan kursus jangka pendek kepada lepasan graduan mahupun pekerja yang ingin menambah nilai kemahiran yang sedia ada bagi meningkatkan 'harga diri' didalam pasaran kerja.

Ada juga kursus diploma dan ijazah yang direka khas bagi tujuan ini dan terpulang kepada individu samada untuk memilih langkah kerjaya mereka. Bagi saya secara jujurnya adalah lebih baik untuk seseorang itu mempunyai diploma atau ijazah didalam sesuatu bidang samada kejuruteraan sivil, mekanikal atau kimia. Ini kerana mereka akan mempunyai pengetahuan yang lebih mendalam dan dapat memahami secara keseluruhan akan sesuatu proses kerja dan seterusnya dapat menerapkan konsep 'safety & health' dengan lebih baik.

Thursday, December 4, 2014

Kerja Malam itu indah

Assalamualaikum wbt...

Malam ini saya kerja malam untuk 5 hari akan datang. Cara kerja disini 5 hari malam 3 hari cuti dan 5 hari siang 2 hari cuti. Lain syarikat lain cara mereka mengatur cuti dan waktu berkerja. Apa-apa pun janji ia mengikut akta buruh yang telah ditetapkan oleh Kerajaan Malaysia.

Mengikut jenis pekerjaan atau 'nature of work' masing-masing; kerja malam kadang-kadang boleh menjadi suatu yang indah atau best! Kenapa? Bagi saya ada point yang menarik antaranya:-

  1. Tidak panas untuk mereka yang kerja dilapangan atau site/ tetapi tidak sesuai untuk pekerjaan yang memerlukan pencahayaan yang secukupnya.
  2. Kurang tekanan/stress dari 'boss' kerana biasanya 'boss' kerja 8pg-5ptg sahaja atau paling lambat 9-10mlm sahaja.
  3. Santai??? Tidak juga tetapi kerja yang dilakukan dalam perasaan tenang. Bagi saya dan mengikut jenis kerja anda.
  4. Pada waktu siang anda boleh melakukan banyak aktiviti seperti bayar bill, cuci kereta, baiki kereta/motor, pergi bank dan tidak perlu 'rushing' waktu keluar makan tengah hari atau perlu cuti semata-mata untuk uruskan hal semudah itu.
Bagaimana pula dengan waktu tidur? Betul juga, mengikut kajian saintis badan kita memerlukan tidur sekurang-kurangnya 6jam untuk benar-benar berehat dari keletihan. Jadi bagi saya bila pulang dari kerja malam, kalu tidak terlalu kotor saya tidak akan mandi hanya basuh muka, gosok gigi, basuh kaki/tangan dan terus tidur. Eh sudah tentu dengan pakaian ganti dan bukan baju kerja.

Kenapa? Dari pengalaman sekiranya saya mandi, maka selepas itu saya sukar untuk tidur kerana badan menjadi segar dan mula mengantuk pada jam 4 keatas dan ini sangat berbahaya.

Monday, December 1, 2014

Safety Investigation Process di tempat kerja anda


Saya tidaklah pandai dalam bab sebegini masih lagi belajar dari mereka yang pakar dan telah banyak menyelesaikan kes-kes berkaitan kemalangan ditempat kerja. Pengalaman kerja sebelum ini lebih kepada "Process Safety" dan kurang berkaitangan dengan pekerja hanya memfokuskan sistem dan peralatan sahaja.

Menurut kejadian yang dirakamkan itu, kemalangan adalah disebabkan tangan termasuk dalam pengisar (Immediate Cause), tetapi apakah sebab utama yang menjurus atau menyebabkan pekerja tersebut memasukkan tangan atau termasuk kedalam bahagian pengisar.

Pelbagai teknik digunakan dan antara yang saya sendiri pelajari secara asas adalah Kelvin Top Set. Selain kaedah ini terdapat pelbagai kaedah yang dihasilkan oleh pakar-pakar OSH diseluruh dunia yang boleh kita gunakan.

Persoalannya disini kepada diri saya sendiri:-
  1. Fokus kerjaya bagaimana yang akan saya lalui sekiranya saya lebih memfokuskan kepada Respond & Investigation?
  2. Syarikat mana atau organisasi mana yang memerlukan safety officer yang fokus kepada R&I ini? (perancangan masa hadapan)
  3. Kepada pembaca blog diluar sana - apa yang anda gunakan dalam melengkapkan JKKP 6, dari segi laporan dalaman syarikat/organisasi anda sendiri yang tiada kemahiran R&I ini.
Kerana saya tertanya-tanya bagaimana mereka yang mula dari peringkat bawah "start from basic" menjadi pegawai KKP.

Pesanan diri untuk diri sendiri - lengkapilah diri dengan ilmu secukupnya dan selesaikanlah kes seberapa banyak yang mungkin dengan pelbagai teknik.

Bengang dengan safety officer!

 
 
 
Siapa tak bengang kalu kena maki hamun. Namun itulah bahasa yang sesuai untuk mereka yang tidak 'reti bahasa'. Jangan marah...

Moto saya KTM DUKE 200 asalnya nak ambik LC135 sahaja tetapi rider ni HeavyWeightChampion. hehe. Nk buat 'technical review' xbeberapa pandai. Jadi nanti saya kongsikan apa pendapat dan pengalaman yang saya lalui bersamanya.

Permulaan Blog Baru

Mahir berkata-kata tetapi agar kurang dalam penulisan. Jadi harap maklum akan kekurangan dalam lenggok bahasa yang disampaikan. Blog ini diadakan bagi meluahkan rasa disepanjang perjalanan saya dalam mencapai cita-cita dalam kerjaya dan kehidupan. Bukanlah untuk berbangga tetapi lebih kepada perkongsian untuk bersama. Saya merupakan pengguna "GOOGLE" yang tegar dimana saya akan mencari semua jawapan kepada permasalahan saya disana. Dari alamat tempat, lokasi, terma bahasa dan lain-lain semuanya di"GOOGLE".
 
Jadi fokus utama dalam blog ini adalah:-
1. Berkongsi pengalaman ditempat kerja mahupun dirumah
2. Berkongsi pendapat mengenai isu keselamatan dan kesihatan pekerjaan
3. Pengalaman menggunakan KTM DUKE 200
4. Isu semasa yang berkaitan
 
Sekiranya saya menyimpang dari fokus harap dimaafkan.